Gangguan khusyuk di masjid

Gangguan TV di masjid

Masalah gangguan tv di masjid ini TIDAK dialami oleh semua orang,  tetapi tidak boleh dinafikan, kerana telah dibincangkan dan dijawab dalam laman web Mufti wilayah Julai 2018

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2527-al-kafi-786-tidak-khusyuk-kerana-televisyen-masjid

TV Boleh Set Auto OFF ketika solat 

Gangguan yg dibincangkan di sini ialah ketika solat sunat dan solat fardhu. Kebanyakkan masjid yg pasang tv hanya akan set auto off ketika solat fardu shj.

Jika ruang masjid itu kecil, gangguan tv itu mungkin tak dapat dielak ketika solat sunat terutamanya yang duduk di saf depan.

Masalah juga jika AJK masjid memutuskan akan letak gambar luruskan saf atau gambar2 lain ketika solat fardhu. Banyak juga masjid yg letak gambar lurus saf.

Gambar atas : contoh tv dibiarkan ON ketika solat fardhu dengan gambar arahan luruskan saf dan sebagainya. Kadang-kadang kerana terlalu mengikut trend. Bila AJK set skrin hitam untuk solat fardhu mungkin ada pula yg tidak setuju.

Kadang2 berlaku blackout dan jam tv tidak betul jadi kena set semula.  Ada masjid yg biarkan sahaja sehingga AJK yg bertanggungjawab atas sistem tv itu datang, kerana mungkin takut melanggar bidang tugas.

Gambar atas : Contoh “timer auto on awal / error”. Kadang2 terjadi tv auto on terlalu awal. Jemaah belum habis solat fardhu lagi tv dah auto on 

Gambar atas : Contoh “timer auto on awal / error”. Kadang2 terjadi tv auto on terlalu awal. Jemaah belum habis solat fardhu lagi tv dah auto on 

Kadang2 kuliah habis lewat dan solat fardhu mula lewat. Jadi kena manual off.

Kebanyakkan smart tv boleh dikawal dengan handphone. Tidak mustahil akan ada berlaku kecuaian atau kes digodam dan sebagainya. Jika tv itu di tepi mungkin impaknya kurang berbanding di tengah.

Hadis 

Dari Anas bin Malik, Aishah RA. ada sehelai langsir tebal(ada gambar), beliau menutup satu sudut rumahnya dengan langsir itu. Nabi SAW bersabda: “Buangkan langsir itu dari hadapanku, kerana gambar-gambarnya terus mengganggu solatku.”  (Riwayat Bukhari)

Aishah r.a berkata, bahawa Nabi SAW pernah solat dengan pakaian yang bergambar atau tanda. Lantas Baginda melihat dengan satu pandangan yang tajam, kemudian berpaling seraya bersabda:

اِذْهَبُوا بِخَمِيصَتِي هَذِهِ إِلَى أَبِي جَهْمٍ وَأْتُونِي ‌بِأَنْبِجَانِيَّةِ أَبِي جَهْمٍ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا عَنْ صَلَاتِي

Ertinya: “Bawalah baju ini kepada Abi Jaham dan bawakan untukku baju Anbijaniyyah (kain tebal yang tidak ada gambar dan ukiran) Abi Jaham kerana ia melalaikan aku daripada solatku.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda:

كُنْتُ أَنْظُرُ إِلَى عَلَمِهَا وَأَنَا فِي الصَّلَاةِ فَأَخَافُ أَنْ تَفْتِنَنِي

Ertinya: “Aku melihat kepada gambarnya sedang aku dalam solat, maka aku bimbang ia membawa fitnah kepadaku (atau melalaikan aku). (Riwayat Al-Bukhari).

Imam al-Nawawi dalam mentafsir hadith ini berkata bahawa ini merupakan dalil agar orang Islam itu hendaklah menghadirkan hati didalam solat, menegah menyibukkan diri dengan apa yang dia telah lihat dan menghilangkan apa-apa yang mengganggu hati semasa bersolat. Ditegah daripada melihat kepada perkara yang melalaikan dan menghilangkan semua bentuk perkara yang melalaikan hati.

Hafiz Ibn Hajar menjelaskan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa adalah tidak disukai (makruh) apa-apa yang melalaikan seseorang di dalam solatnya, samada corak, ukiran dan serupa dengannya.

Jadi elakkan gambar2 pada baju , tempat sujud dan apa2 gangguan sekeliling kita yg dapat mengganggu tumpuan solat. Apatah lagi pelbagai gambar dalam tv. 

Walaupun Nabi SAW solat sunat di rumah dan Nabi solat , matanya ke tempat sujud , namun dia beri arahan supaya langsir itu dibuang …bukan ditutup dengan kain lain atau diikat/lipat supaya gambar itu tidak kelihatan. 

Survey / Undian

Lebih 400 jemputan undi dihantar kpd ahli kariah sebuah masjid di Selangor. Tempoh undian Isnin 11 sep – Khamis 14 Sep melalui google form https://bit.ly/tv-masjid . Keputusannya :

2.3  Contoh-contoh masjid/surau yg memasang tv di tepi / bukan di depan

Walaupun tidak banyak masjid/surau yg pasang di tepi , tetapi tidak dinafikan ada yg telah cakna tentang gangguan tv ini dengan memilih untuk tidak meletakkan di dinding depan ruang solat utama.

Langkah untuk mengurangkan gangguan tv

  1. Pasang TV di dinding tepi / belakang dan mesti tinggi.
  2. off ketika solat jemaah . Hitam , tiada sebarang tulisan / imej.
  3. Manual off jika solat mula lewat.