Mengenai Kami

Assalamualaikum wrt. wbt.

1. Masjid Taman Puncak Jalil masih berada di peringkat perancangan. Pihak Jawatankuasa bertindak masih lagi dalam usaha untuk mengumpul dana permulaan bagi membangunkan masjid berkenaan.

2. Alhamdulilah, kini Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil (JKPMTPJ) telah memasuki Fasa ke 2  bagi proses pembinaan Masjid TPJ berikutan isu tanah telah diselesaikan dengan sempurnanya sepertimana surat Bahagian Pembangunan, JAIS bertarikh 22hb. Mac 2012.


3. Oleh yang demikian, kutipan derma bagi membiayai pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil sepertimana ‘Kelulusan Kutipan Derma Khairat (Seksyen 106, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003’ akan di gerakkan kembali dalam bentuk ’kupon derma’- kelulusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ’sijil wakaf bangunan-Masjid Taman Puncak Jalil’ dan sijil wakaf daripada Perbadanan Wakaf Selangor .

4. Kesemua kutipan sumbangan derma berkenaan telah dan akan dimasukkan ke akaun ‘Tabung Pembinaan Masjid Taman Puncak  Jalil’, No. Akaun  562852001429 (Maybank Islamic, Cawagan Bandar Kinrara). Bagi pembeli Sijil Saham Wakaf Selangor pula wang disimpan ke Bank Islam atas nama akaun Perbadanan Wakaf Selangor (Wakaf Khas Masjid Taman Puncak Jalil) no akaun: 12038010107832.

5. Anggaran kos sebanyak RM 6.50 Juta diperlukan bagi membiayai keseluruhan kerja bangunan, infrastruktur  dan peralatan yang diperlukan. Pembinaan komponen Masjid ini terdiri daripada 1 No. Bangunan Masjid untuk kapasiti 3,500 jemaah-2 Tingkat, 1 No. Blok Pejabat/Dewan Syarahan, Kafetaria, Perpustakaan-2 Tingkat, 1 No. Bangunan KAFA-3 Tingkat dan 1 No. Blok Kuarters Kakitangan (4 unit-Konsep Rumah Bandar @ Town house).

Perspektif Keseluruhan Kompleks Masjid Taman Puncak Jalil

Perspektif Kompleks Masjid

Perspektif Kompleks Masjid — Pandangan Hadapan

Perspektif Kompleks Masjid — Pandangan Atas

Perspektif Kompleks Masjid -- Pandangan Sisi

Perspektif Kompleks Masjid — Pandangan Sisi

Kedudukan tapak :


Untuk dan bagi pihak;

JAWATANKUASA  PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL

USTAZ.HJ. AHMAD HELMI B. HJ. SAMAD NOH , PJK

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s