FAQ

Frequently Asked Questions / Soalan Lazim

  1. Bila pembinaan masjid akan dimulakan?
    Syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah pembinaan boleh dimulakan jika jumlah kutipan mencapai 70% daripada kos pembinaan .
    Usaha-usaha sedang dijalankan utk memulakan pembinaan.
  2. Apa akan jadi kepada Surau Al-Ikhwan setelah masjid siap?
    Mungkin dijadikan sekolah agama. Keputusan tertakluk kepada JAIS.
  3. Bolehkah wang zakat digunakan untuk pembinaan masjid?Ada pendapat kata boleh zakat utk bina masjid. Ada yg kata tak boleh.Contoh kata boleh :Imam al-Razi dalam tafsirnya, menyatakan bahawa zahir lafaz pada perkataan fisabilillah dalam ayat 60 surah al-Taubah itu tidak wajar dikhususkan kepada maksud orang yang berperang semata-mata. Beliau kemudian memetik bahawa al-Qaffal dalam tafsir beliau telah menyebut pandangan beberapa fuqaha’ bahawa zakat boleh dibelanjakan untuk apa sahaja tujuan kebaikan, termasuk menyempurnakan jenazah, membina benteng atau kubu pertahanan dan membina masjid. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 16/113)

    Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/2438-bayan-linnas-siri-ke-135-mengeluarkan-zakat-untuk-tabung-harapan-malaysia-hukumnya

    Contoh kata tidak boleh :
    Sebab : Masjid Bukan fi sabilillah

    Inilah pendapat jamahir ulama (hampir semua ulama). Dalam Hasyiah Ar-Raudh dinyatakan,

    قال الوزير وغيره: اتفق الأئمة على أنه لا يجوز ولا يجزئ دفع الزكاة في بناء مساجد، وقناطر ونحو ذلك، ولا تكفين موتى ونحوه، وإن كان من القرب، لتعيين الزكاة لما عينت له

    Al-Wazir dan lainnya mengatakan; Para ulama sepakat bahwa tidak boleh dan tidak sah memberikan zakat untuk pembangunan masjid, jembatan atau yang lainnya. Tidak boleh pula untuk biaya mengkafani mayit atau semacamnya, meskipun jenazah itu adalah kerabat. Agar zakat diberikan kepada pihak yang telah ditentukan. (Hasyiyah Ar-Raudhul Murbi’, 3/309).

    Dalam Ensiklopedi Fikih juga dinyatakan,

    ذهب الفقهاء إلى أنه لا يجوز صرف الزكاة في جهات الخير …، فلا تنشأ بها طريق ولا يبنى بها مسجد ولا قنطرة، ولا تشق بها ترعة، ولا يعمل بها ساقية، ولا يوسع بها على الأصناف

    “Para ulama berpendapat, tidak boleh menyalurkan zakat untuk semua kegiatan sosial keagamaan: tidak boleh digunakan untuk membangun jalan, membangun masjid, jambatan, untuk membuat kanal, atau untuk membuat kincir air. Tidak boleh memberikan zakat selain golongan yang telah ditetapkan.(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah, 23/329) rujukan : https://konsultasisyariah.com/19730-tidak-boleh-menyalurkan-zakat-untuk-masjid.html

  4. Bilakah Jawatankuasa Pembinaan Masjid akan mengadakan mesyuarat agung?Menurut penerangan JAIS , tiada mesyuarat agung utk Jawatankuasa Pembinaan Masjid.
  5. Bagaimanakah saya boleh membantu?
    1. Bantuan untuk membuat promosi kutipan derma sangat dialu-alukan. Contoh mudah : mengedarkan kempen poster wakaf melalui whatsapp dan media sosial.
    2. Membawa kertas kerja kepada pihak yg dapat membantu seperti sektor korporat dan kerajaan.
  6. .Bolehkah saya berwakaf untuk orang yg meninggal ?
    Ya boleh, sila nyatakan nama. Resit akan diberi atas nama waris yang hidup.
  7. Sudahkah JAIS memberi kebenaran untuk pembinaan masjid?
    Ya, sila rujuk surat JAIS dalam pautan surat kebenaran.
  8. Di manakah tabung derma pembinaan masjid ?Tabung terletak di surau al-ikhwan PUJ 2. Selain itu ada tabung besi kecil diletakkan di kedai seperti gambar di atas. Jika tuan/puan boleh membantu utk meletakkan tabung di lokasi yg strategik sila maklumkan kami.
  9. Adakah sebarang elaun / upah diberi kepada AJK atau petugas?
    Tiada, semua sukarela. Tiada tuntutan duit minyak / tol dll.
  10. Resit hilang , bolehkah mendapatkan resit baru?
    Resit utk LHDN dikeluarkan sekali sahaja. Kami menyimpan carbon copy resit Perbadanan Wakaf Selangor, salinan softcopy gambar jpg akan dihantar utk dicetak oleh pihak yg memerlukan.