Jumlah terkini Wakaf Pembinaan Masjid

Anggaran Jumlah Keseluruhan 1 Mei 2020 = RM 2.93 Juta ++
Dialukan menjadi Pewakaf Bulanan , sebarang jumlah /rm100/ rm 50 atau ikut kemampuan. Semoga para pewakaf dirahmati Allah. Pewakaf bulanan tidak perlu mendaftar, cuma hantarkan maklumat transaksi utk tujuan pengeluaran resit.

Cara mudah berwakaf:

Masukkan sumbangan ke:
Nama akaun : TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
No. Akaun : 5628-5200-1429   (Maybank islamik)

sila email resit & maklumat transaksi bank ke
masjidtamanpuncakjalil@gmail.com
atau wsap  ke 013-342-7314
Beri nama penuh , alamat dan ic utk tujuan penghantaran resit. (jika perlu resit)

ramadan berganda

Kami memerlukan bantuan anda untuk menambah kutipan dana pembinaan masjid. Syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah pembinaan boleh dimulakan jika jumlah kutipan mencapai 70% daripada kos pembinaan .

 

PWS biasanya mengambil masa lebih 3 bulan untuk kemas kini jumlah kutipan.
Resit Saham Wakaf Selangor akan di POS jika diperlukan oleh pewakaf .

keywords : Wakaf Masjid , wakaf pembinaan masjid , derma bina masjid , sedekah masjid , projek masjid , waqaf , mosque donation , fundraising , sedekah jariah

Wakaf melalui Boost dan Touch n Go
Mulai Mac 2020 anda boleh berwakaf utk Masjid Tmn Puncak Jalil melalui Boost dan Touch ‘n Go :

 

Image | Posted on by

Perkembangan terkini

Download Kertas Kerja PDF 1MB ++Mac 2020 – Kod QR Touch n Go dan Boost mula digunakan utk menerima wakaf.
Feb 2020 – Mesyuarat Kerjasama Pembinaan Masjid Dgn Surau-surau TPJ
September-oktober 2019 – Pemilihan Pegawai & AJK surau seluruh selangor. Semoga projek pembinaan mendapat sokongan dari surau-surau taman puncak jalil.

27 Mei 2019 – Pihak Pengurusan Masjid (JAIS) memaklumkan masih dlm peringkat perbincangan.

4 April 2019 – Mesyuarat Jawatankuasa Panel Teknikal Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Pembentangan pelan Masjid Taman Puncak Jalil dibuat dan kini menunggu maklum balas .

Posted in Tazkirah

Tajwid: تسهيل tasheel Al-Imalah (الإمالة) Al-Isymam الإشمام

Terdapat hanya satu imalah sahaja iaitu dalam surah Hud, satu tasheel sahaja iaitu dalam surah Fussilat, satu raum atau isymam sahaja iaitu dalam surah Yusuf, empat tempat saktah iaitu dalam surah al-Kahf, Yasin, al-Haqqah dan al-Mutaffifin.

1) Al-Imalah – Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haaBukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

****

2) Al-Isymam الإشمام  – Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

***

3)     تسهيل tasheel   – Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy – yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ‘ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

*****

4) Bacaan khas – Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca: ii-tuu-nii

Bukannya Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)

semakan dengan bacaan imam al-Ghamidi,as-Sudais dan Misyari bunyinya ialah “ii-tuu-nii”. Maknanya bacaan hamzah wasol tersebut dikasrohkan dan huruf hamzah pula tidak dibunyikan.

Posted in Tazkirah | Leave a comment