Lailatul Qadar

Lailatul Qadar – Rebut Pahala Sedekah 1000 Bulan

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. ]

Menurut Imam Al-Ghazali , sebagaimana disebut dalam kitabnya I’anatut Thalibin , bahawa cara untuk mengetahui Lailatul Qadar dapat dilihat dari hari pertama dari bulan Ramadhan. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-29.

Lailatul Qadar tahun 2022 ….mungkinkah pada malam 29 ramadan ?

Tetapi yang lebih mengetahui tentulah Allah. Kaedah ini hanyalah satu pendapat. Seeloknya kita hidupkan amalan pada kesemua sepuluh malam akhir ramadan.

Tanda Lailatul Qadar

1) Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.(Sahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……))

2. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik (Rujuk Sahih Muslim – hadis no: 762)

3) riwayat lain yang menyatakan malam itu bersih, bulan bersinar, sunyi, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, tiada bintang, tidak berawan, tiada hujan, tiada angin, langit bewarna merah dan lain-lain semuanya lemah dan tidak terlepas daripada cacat cela

Baca lagi : Amalan Lailatul Qadar – Rebut Pahala Sedekah 1000 Bulan

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”. [Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah (3850) dan Ahmad (25384)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini sebagai sahih dan perawi-perawinya adalah thiqah]

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. 

Dari Sahabat Ubay bin Ka’ab. Beliau pernah bersumpah dan berkata,

وَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ

“Demi Allah aku tahu bila malam itu, yaitu malam yang kita diperintahkan oleh Rasulullah untuk menghidupkannya, iaitu malam kedua puluh tujuh” [Riwayat Muslim]

Apa nak buat malam Lailatul Qadar ? Amalan Lailatul Qadar:

Amalan Lailatul Qadar

Amalan Yang diajar Nabi SAW :
1. Baca doa di atas yg diajar Nabi.
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

2.Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: “Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)

Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan.

3. Iktikaf di masjid 

Nabi SAW menetap di masjid sepanjang masa dan tidak meninggalkannya kecuali untuk menunaikan hajat.
Aisyah r.a berkata bermaksud :“Baginda tidak masuk ke dalam rumah kecuali kerana hajat sewaktu baginda beriktikaf.” – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 2029 dan Muslim:297)

4. Kejut ahli keluarga dan qiyamullail
A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Rasulullah SAW apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……)

hadis di atas juga menganjurkan suami uzlah (tidak bersetubuh) isteri.

5. Sedekah
Dicadangkan tambah sedekah kita dari kebiasaan. Kalau biasa sedekah rm10 , cuba lebihkan rm50 , 100 atau ikut kemampuan. Cari terutamanya sedekah jariah  seperti berwakaf membina masjid. Jika tidak sempat bolehlah sediakan satu tabung sedekah di rumah

Jgn lupa sedekah jariah semoga dapat pahala Lailatul Qadar 1000 bulan !
TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
No. Akaun : 5628-5200-1429   (Maybank islamik)

Rasulullah SAW Amat Pemurah Di bulan Ramadan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus.” (Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

6. Tadarus . rujuk hadis di atas Nabi bertadarus Quran bersama Jibril

Lain-lain amalan Lailatul Qadar

  1. istighfar , selawat dan doa yang diajar nabi. 
  2. membaca quran. Pahala membaca quran dalam solat adalah lebih besar jadi panjangkan solat sunat kita dengan bacaan quran dari yg biasa.
  3. Bayar juga zakat harta malam ni. Kalau dah bayar pun , apa salahnya bayar lagi, bank in sahaja online. Tukar haul zakat kita supaya dikira setiap ramadan. Kalau tak sempat nak transfer, sediakan tabung di rumah.

Berikut rujukan diambil dari mufti wilayah :

Tafsir Surah Al-Qadr

Firman Allah SWT:

(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 

 لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah:

Laila yang memberi maksud malam iaitu apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari.

Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

            Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam. Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain.

        Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. Lihat al-Mughni 3/178.

  Ibn al-Jauzi mengemukakan 5 pendapat berkenaan dengan nama malam qadar itu:

  • Dengan maksud agung. Inilah pendapat al-Zuhri
  • Dengan makna sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun. Inilah pendapat al-Khalil bin Ahmad.
  • Dengan makna hukum atau keputusan kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.
  • Kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut. Inilah pendapat Abu Bakar al-Warraq.
  • Kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut. Inilah pendapat guru kami Ali bin Ubaidillah.

Sayid Qutub berkata: Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.

Syeikh al-Maraghi berkata: Malam itu ialah saat kemunculan sinar petunjuk dan hari permulaan bagi agama baru yang diturunkan kepada seseorang yang terbaik dalam kalangan seluruh manusia.

Malam ini lebih baik daripada seribu bulan. Angka seribu mengikut kebiasaan bangsa Arab dikira sebagai suatu jumlah yang besar. Oleh itu, sebutan seribu di sini bukanlah seribu yang sebenarnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun.”

Pemilihan tempat dan waktu yang tertentu untuk diberikan keutamaan mempunyai hikmah tersendiri yang tinggi. Kemuliaan apa lagi yang lebih agung dari suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada seluruh manusia setelah berlalunya beberapa abad kaum Quraisy yang berada dalam kesesatan menyembah berhala.

Tiada lagi keagungan yang lebih tinggi dari suatu malam yang menjadi saat bersinarnya cahaya pengetahuan Ilahi ke hati Rasulullah SAW sebagai bukti rahmat kepada hamba-hambaNya. Seterusnya Nabi yang memberi khabar gembira dan buruk serta memimpin manusia ke jalan yang lurus. Baginda mendidik umat yang akhirnya dapat membebaskan diri sendiri dari belenggu perhambaan para pemerintah yang zalim. Baginda berusaha menyatukan perpecahan yang berlaku serta menyatukan mereka yang setelah sekian lama hidup berkelompok dan berpuak.

Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik. Pada malam ini, mereka dapat memperbaharui janji di hadapan Tuhan mereka. Malam ini adalah pernyataan syukur terhadap segala nikmat-Nya serta mengharap pahala-Nya.

Firman Allah SWT:

تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

 Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin  TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”

(Surah al-Qadr: 4-5)

Ibn Kathir berkata: Zahir ayat menunjukkan bahawa malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat. Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal. Inilah pendapat kebanyakan ulama Hanbali seperti Abil Hasan al-Jazari, Abdullah bin Battah, Abu Hafs al-Barmaki dan ramai lagi.

Al-Mawardi menafsirkan maksud roh dengan menukilkan 4 pendapat:

  • Inilah pendapat Sa’id bin Jubair.
  • Malaikat Hafazah. Inilah pendapat Abi Nujaih.
  • Malaikat-malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT. Inilah pendapat Muqatil.
  • Mereka adalah tentera Allah bukan daripada kalangan malaikat. Inilah yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada Ibn Abbas.

Pada malam itu, para malaikat turun dari alam rohani sehingga diri mereka dapat dilihat oleh Nabi SAW. Jibril AS menampakkan dirinya kepada Nabi SAW bertujuan menyampaikan wahyu. Para malaikat dapat dilihat oleh jiwa yang sempurna ini dengan keizinan Allah SWT setelah Baginda sudah dipersiapkan bagi menerima wahyu dan menyampaikan ajaran yang mengandungi kebaikan kepada mereka.

Turunnya para malaikat ke bumi adalah salah satu urusan Allah SWT . Kita tidak perlu membahaskan tentang bagaimana cara mereka turun. Cukuplah kita meyakini perkara ini dan tidak perlu kita berusaha ingin tahu bagaimana selok-belok rahsia itu. Apa yang diketahui oleh orang yang berilmu hanyalah sebahagian kecil sahaja dari alam wujud ini.

Malam itu merupakan perayaan bagi umat Islam di mana telah turunnya al-Quran dan merupakan malam kesyukuran, kebajikan dan kenikmatan. Malaikat menyertai manusia pada malam itu dan mereka mengetahui kelebihan malam tersebut dan betapa besarnya kelebihan manusia atas diri mereka. Seterusnya, Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

Kelebihan Malam Qadar

Para ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini, berdasarkan nas yang terdahulu. Antara kelebihan malam ini ialah:

  • Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan. Imam al-Qurtubi berkata: “Malam Qadar mempunyai kelebihan kerana banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibahagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Ramai ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar. Hal ini, disokong oleh Abu al-‘Aliyah.
  • Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.
  • Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.
  • Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar. Al-Dahhaq berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan. Sedangkan Mujahid berpendapat: “Ia merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.” Lihat Tafsir al-Qurtubi 20/133.

Waktu Atau Bilakah Berlakunya Lailatulqadar?

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Adapun mereka yang menentukan malam Lailatulqadar ada banyak pendapat, antaranya:

Pertama:

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:

Dari Sahabat Ubay bin Ka’ab. Beliau pernah bersumpah dan berkata,

وَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ

“Demi Allah aku tahu bila malam itu, yaitu malam yang kita diperintahkan oleh Rasulullah untuk menghidupkannya, iaitu malam kedua puluh tujuh” [Riwayat Muslim]

Demikian juga hadis dari Mu’awiyah beliau menukil perkataan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟﻘَﺪْﺭِ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺳَﺒْﻊٍ ﻭﻋِﺸْﺮﻳﻦَ
“Lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh.” (Riwayat abu daud)

  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  • Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

Kedua:

Pada malam 23 Ramadan. Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلَاثَ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”

Ketiga:

Pada malam 21 Ramadan. Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلَاثِ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”

Keempat:

Pada malam 24 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.”

Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi

Kelima:

Pada malam akhir Ramadan. Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

Maksudnya: “Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.”

Riwayat Ibn Nasr

Rahsia Menyembunyikan Lailatulqadar

Antara rahsia menyembunyikan Lailatulqadar ialah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Juga supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari Lailatulqadar, seperti disembunyikan masa yang diperkenankan doa pada hari Lailatulqadar, disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan namanya yang agung daripada segala nama serta keredhaan-Nya. Begitulah seterusnya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita Lailatulqadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat keampunan daripada-Nya. Amin.

Alamat dan Tanda Lailatul Qadar Yang Sahih

Petunjuk yang Sahih berkenaan tanda malam al-Qadr hanyalah petunjuk selepas malam al-Qadr itu telah berlalu iaitu Matahari terbit pagi esoknya dengan tidak terlalu menyilau sebagaimana yang digambarkan oleh Ubay bin Ka’ab katanya:
وأمارتها أن تطلع الشمس في صبيحة يومها بيضاء لا شعاع لها “
.. dan tanda-tandanya adalah matahari terbit di pagi hari dengan cerah namun tidak ada cahaya Matahari menyengat” [HR. Muslim, no: 762]

Maka untuk mendapatkan malam al-Qadr, mahu tidak mahu seseorang itu perlu beribadah pada kesemua 10 malam akhir Ramadhan! terutama pada malam-malam ganjil. Kerana petunjuk yang Sahih hanyalah petunjuk setelah malam al-Qadr itu telah berlalu.

Dengan itu berkata  Syaikhuna al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi: “Tanda-tanda sebelum dan ketika berlakunya malam al-Qadr itu tidak sahih kesemuanya, adapun selepas ia berlaku maka telah datang dalil sahih iaitu sebagaimana yang diriwayatkan dalam al-Sahih (Sahih Muslim) bahawa pagi keesokan malam al-Qadr itu matahari terbit tanpa menyilau, tetapi petunjuk yang sahih ini berlaku selepas malam al-Qadr itu berlalu” 

Tanda yang tidak sahih / dhaif 
Tiada sebarang riwayat Sahih berkenaan petanda khusus akan sifat sebelum atau semasa malam al-Qadr itu berlaku, riwayat yang datang dalam hal ini umpama malam itu bersih, bulan bersinar, sunyi, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, tiada bintang, tidak berawan, tiada hujan, tiada angin, langit bewarna merah dan lain-lain semuanya lemah dan tidak terlepas daripada cacat cela!
Antaranya yang Dhaif  ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas secara marfu’:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في ليلة القدر : ليلة سمحة طلقة ، لا حارة ولا باردة ، تصبح شمسها صبيحتها ضعيفة حمراء

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasul SAW berkata pada malam al-Qadr: “malam al-Qadr adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan” Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasar al-Mukhtasar (no. 2192), dan diDha’ifkan oleh Ibn Khuzaimah 

Seperkara yang penting ialah, jika seseorang mengetahui dan memanjangkan malam itu adalah Lailatulqadar adakah perlu diwarwarkan atau disembunyikannya?

Dalam hal ini, jumhur ulama bersepakat bahawa sunat bagi siapa yang melihat pada malam qadar untuk menyembunyikannya. Lihat Fath al-Bari 4/268 dan al-Majmu’ 6/461.

Antara hikmah disembunyikan malam Lailatulqadar adalah seperti yang disebut oleh Ibn Hajar. Beliau menukilkannya daripada Kitab al-Hawi“Bahawa ia merupakan Karamah (kemuliaan). Hendaklah disembunyikannya (malam Lailatulqadar) tanpa khilaf antara ahli Tariq (orang yang menemui Lailatulqadar) dari memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dibuang nikmat, lebih besar daripada itu akan berlaku riyak kepada ahli Tariq. Mengikut adabnya pula, janganlah ia sibuk menceritakan nikmat Allah iaitu pertemuan malam Lailatulqadar untuk diwar-warkan kepada manusia kerana dibimbangi berlaku hasad dengki.”

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Diambil hak tersebut berdasarkan ucapan Yaaqub kepada anaknya Yusuf, tatkala bermimpi melihat bintang matahari dan bulan sujud kepadanya.” Firman Allah SWT:

قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلإنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya: Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

(Surah Yusuf: 5)

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

            Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa mulia dan agungnya malam Lailatulqadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan. Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian. Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa. Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.

Kami nyatakan di sini bagaimana Rasulullah SAW dan salaf as-soleh beribadat:

  • Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”

Riwayat Muslim: 2015

  • Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ” يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh akhir (Ramadan) melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan yang lain”

 Riwayat Ahmad

  • Imam Sufyan al-Thauri Rahimahullah berkata:

أحب إلي إذا دخل العشر الأواخر أن يتهجد بالليل و يجتهد فيه و ينهض أهله و ولده إلى الصلاة إن أطاقوا ذلك

Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh akhir Ramadan, aku lebih suka untuk melakukan tahajjud pada waktu malam dan bersungguh-sungguh melakukannya. Sufyan al-Thauri Rahimahullah juga akan mengejutkan ahli keluarganya untuk mendirikan solat seandainya mereka mampu melakukannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 160).

Paling kurang pastikan solat fardhu kita dilakukan secara berjemaah.

  • Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:

يصلي العشاء في جماعة و يعزم على أن يصلي الصبح في جماعة و قال مالك في الموطأ بلغني أن ابن المسيب قال : من شهد ليلة القدر ـ يعني في جماعة فقد أخذ بحظه منها و كذا قال الشافعي في القديم : من شهد العشاء و الصبح ليلة القدر فقد أخذ بحظه منها

Maksudnya: Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).

Kesungguhan Nabi SAW Pada Sepuluh Malam Terakhir

Antara hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:

  • Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]

Antara riwayat lain yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:

  • Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 2009]

Pendapat Ulama’ Dalam Menentukan Malam al-Qadar

Dalam isu ini, terdapat banyak hadith dan juga pendapat dalam menetukan malam al-Qadar. Walaupun begitu, Rasulullah SAW memberi beberapa isyarat kepada kita berkaitan malam al-Qadar ini. Antaranya, Baginda SAW menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil dalam bulan Ramadhan. Berdasarkan sebuah hadith, daripada Jabir bin Samurah Ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وِتْرًا

Maksudnya: “Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam yang ganjil”. [Riwayat Ahmad, no.Hadith 85]

Adapun mereka yang menentukan malam al-Qadar terdapat banyak pendapat, antaranya:

  • Pertama: Pendapat yang paling kuat mengikut para ulama bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan. Hujah mereka amat banyak, antaranya:
  • Mengikut Abu Ka’ab RA katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam al-Qadar berada dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, beliau enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya”.
  • Daripada riwayat Muawiyah RA yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27”.
  • Riwayat ini disokong oleh Ibn Abbas RA yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu adalah dhamir (هِيَ) yang kembalinya kepada Lailatul Qadar.
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27”.
  • Kedua: Pada malam 23 Ramadhan. Inilah adalah pendapat Imam Syafie RA dan ini juga merupakan pendapat Imam Malik RA, Ibn Khuzaimah RA, Abu Awanah RA dan al-Thahawi RA berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ لَيْلَةَ ثَلاَثَ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah kamu malam al-Qadar pada malam ke-23 Ramadhan”. [Lihat: Jami’ al-Saghir, no. Hadith 3250]

  • Ketiga: Pada malam 21 Ramadhan. Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Imam Syafie RA dengan berdalilkan pada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi. Hadith tersebut daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُطْلُبُوْهَا لَيْلَةَ سَبْعَ عَشْرَةَ مِنْ رَمَضَانِ وَلَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِيْنَ وَلَيْلَةَ ثَلاَثِ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Tuntutlah (Carilah) kamu pada malam ke-17, 21 dan 23 dalam bulan Ramadhan”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 1176]

  • Keempat: Pada malam 24 Ramadhan. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Baginda SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي أَرْبَعٍ وَعِشْرِيْنَ

Maksudnya: “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam 24 Ramadhan”. [Lihat: Jami’ al-Saghir, no. Hadith 1569]

  • Kelima: Pada malam terakhir Ramadhan. Hal ini berdasarkan sebuah hadith daripada Muawiyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اِلْتَمِسُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانِ

Maksudnya: “Carilah kamu malam al-Qadar pada malam terakhir bulan Ramadhan”. [Lihat: Jami’ al-Saghir, no. Hadith 1571]

Tarjih

Setelah melihat pendapat-pendapat di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa malam al-Qadar adalah pada malam ke-27 Ramadhan sebagaimana pendapat yang pertama. Ini kerana, hujah atau dalil yang dikemukan adalah lebih kuat berbanding pendapat yang lain. Walaubagaimanapun, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Namun begitu, ini tidak bermakna kita tidak perlu berusaha atau bersungguh-sungguh pada malam-malam yang lain iaitu selain malam ke-27. Kita sepatutnya menghidupkan setiap malam pada bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada sepuluh malam yang terakhir sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Rahsia Menyembunyikan Lailatul Qadar

Antara rahsia Allah SWT menyembunyikan malam al-Qadar adalah supaya ia menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mencarinya. Selain itu juga, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi untuk mencari malam tersebut, seperti disembunyikan masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat dan juga disembunyikan namanya yang agung daripada segala nama-nama yang Dia miliki.

Memandangkan byk pendapat , yang mudah ialah kita hidupkan kesemua 10 malam akhir dan sedekah jariah membina masjid semoga dapat pahala Lailatul Qadar 1000 bulan.
TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
No. Akaun : 5628-5200-1429   (Maybank islamik)

Imam al-Ghazali

Ini antara yg disebarkan sebagai formula atau kaedah imam al-ghazali yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.

  • jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
  • jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
  • Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita in sya Allah