Projek JAIS

Menurut budget Selangor yg dibentangkan pada Nov 2017
refer : https://selangorkini.my/2017/11/ucapan-belanjawan-2018-negeri-selangor/

Di bawah JAIS Sebanyak 6 projek telah siap dibina pada tahun 2017 dengan nilai keseluruhan RM 34.01 juta. Manakala, sebanyak 14 projek telah ditender pada tahun 2017 dengan nilai siling RM 200.8 juta yang melibatkan pembangunan 8 buah masjid, 4 buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) dan 2 buah Sekolah Rendah Agama (SRA).

Antara pembangunan yang dimaksudkan adalah :
Masjid Kota Kemuning dan Masjid Seksyen 24, Shah Alam; Masjid Putra Heights, Subang Jaya; Masjid Taman Alam Jaya, Kuala Selangor; Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor; Masjid Kampung Klang Gate, Gombak dan Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

 

Antara projek yang akan diberikan keutamaan dalam tahun 2018 adalah pembinaan Masjid Bandar Teknologi Kajang yang bernilai RM 12 juta; Masjid Al-Ikhlas, Taman Bukit Belimbing, Hulu Langat bernilai RM 16 juta serta Masjid Subang Bestari dan Masjid Kota Damansara 2, Seksyen 9 masing-masing bernilai RM 17 juta dan RM 12 juta.

Kerajaan Negeri menghargai inisiatif anak-anak kariah di Denai Alam yang telah menyumbang kepada Tabung Wakaf Pembinaan Masjid Denai Alam mencecah RM 2 juta dan sumbangan sektor swasta bernilai RM 12 juta. Untuk melengkapkan keperluan pembinaan Masjid Denai Alam, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyumbang kepada tabung wakaf ini sebanyak RM 5 juta.

Advertisements

About masjidtamanpuncakjalil

jawatankuasa bertindak masjid taman puncak jalil
This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.