Lailatul qadar

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

 

Tanda2 lailatul qadar

1) Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.(Sahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……))

2) Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.(Rujuk Sahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.)

3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik (Rujuk Sahih Muslim – hadis no: 762 (Kitab Solat Musafir, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan……))

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Keistimewaan Lailatul Qadar

Keistimewaan Lailatul Qadar jelas terserlah apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan sebuah surah yang khusus untuknya di dalam al-Qur’an. Surah tersebut dinamakan surah al-Qadar dan ia berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar?

Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril

dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya

pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

[al-Qadar 97:1-5]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia menurunkan al-Qur’an al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Dalam 365 hari, Allah telah memilih satu hari untuk menurunkan buku panduan kepada manusia, iaitu pada Lailatul Qadar. Lailatul Qadarini letaknya adalah di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain:

Pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,

dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi perbezaan

antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]

Keistimewaan seterusnya bagi Lailatul Qadar adalah ia lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung, seribu bulan bersamaan dengan kehidupan selama 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya satu malam ini lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingannya.

Keistimewaan ketiga bagi Lailatul Qadar adalah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan ini.[1] Hal ini dijelaskan lagi dalam ayat yang lain:

Haa, Miim. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat;

(Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut kerana) pada malam yang berkat itu,

dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. [al-Dukhan 44:1-5]

Bilakah malam Lailatul Qadar?

Gandingan antara surah al-Qadar dan ayat 185 surah al-Baqarah, kita dapat mengetahui bahawa Lailatul Qadarberlaku di dalam bulan Ramadhan. Hal ini kemudiannya dikhususkan lagi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamdengan menjelaskan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ

مِنْ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil

daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.[2]

Jika seseorang itu tidak mampu mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir, hendaklah dia berusaha sekurang-kurangnya untuk mencari pada tujuh malam yang terakhir sebagaimana pesan baginda:

الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ

فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلاَ يُغْلَبَنَّ

عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

Carilah pada sepuluh malam terakhir, yakni Lailatul Qadar.

Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah (putus asa)

pada baki tujuh malam yang terakhir.[3]

Adakah Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan?

Lailatul Qadar boleh berlaku pada 27 Ramadhan akan tetapi ia tidak semestinya berlaku pada 27 Ramadhan. Sememangnya merupakan pendapat yang masyhur di kalangan sebahagian umat Islam bahawa Lailatul Qadar jatuh pada 27 Ramadhan. Kemasyhuran ini diulas oleh Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah:[4]

Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma berpendapat bahawa Lailatul Qadar adalah malam 27 bulan Ramadhan. Ubay bin Ka‘ab pernah bersumpah akan hal ini kerana alamat-alamat yang dia lihat. Hal ini juga terkenal di kalangan jumhur kaum Muslimin sehinggakan malam itu (malam 27) diperingati dengan peringatan yang rasmi.

Sebenarnya tidak ada yang meyakinkan dalam hal ini.[5] (Wujud) banyak pendapat yang memberikan ketentuan (kepada bilakah malam Lailatul Qadar). Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyebut sekurang-kurangnya 46 pendapat dalam hal ini. (Di antara pendapat-pendapat tersebut), sebahagiannya dapat dikembalikan kepada sebahagian yang lain. Yang paling kuat adalah ia berlaku pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Ia berpindah-pindah (dari tahun ke tahun) sebagaimana yang dapat kita fahami daripada hadis-hadis yang membicarakan masalah ini.

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat

Hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara tepat adalah sebagai motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa berusaha menghidupkan kesemua sepuluh malam terakhir dengan ibadah dan doa. Seandainya Lailatul Qadar telah ditetapkan pada malam yang tertentu, nescaya umat Islam akan mengabaikan ibadah dan doa pada malam-malam yang lain. Sekali lagi, penjelasan Yusuf al-Qaradhawi menjadi tumpuan kita:[6]

Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawaLailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja. Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipatgandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah.

Hal ini sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan Nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan.[7]

Beberapa alamat Lailatul Qadar

Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan tiga alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar:

  1. Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.[8]

  2. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.[9]

  3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.[10]

Tiga alamat di atas adalah benar. Akan tetapi seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza. Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, malam 27 mungkin disinari dengan bulan yang terbit seperti potongan bekas simpanan air manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua tiga alamat sekali gus.

Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.

Apa yang seharusnya dilakukan pada Lailatul Qadar?

Mulai sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, seseorang itu hendaklah memperbanyakkan solat malamnya. A’isyahradhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila memasuki sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, beliau mengasingkan diri daripada para isterinya (tidak bersetubuh) dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail. Baginda juga membangunkan keluarganya untuk turut berqiamulail.[11]

Di samping itu dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada AllahSubhanahu wa Ta‘ala. A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa dia pernah bertanya:

“Wahai Rasulullah! Apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan?” Rasulullah menjawab:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ

فَاعْفُ عَنِّي.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi untuk mengampun,

maka ampunilah aku.”[12]

Ringkasnya ia adalah satu malam teristimewa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kita umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallamLailatul Qadar berlaku pada salah satu daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Sengaja tidak ditentukan secara tepat Lailatul Qadar untuk memberi motivasi kepada umat Islam untuk sentiasa menghidupkan sepuluh malam yang terakhir tersebut dengan qiamulail dan doa, bukan dengan nyalaan lampu. Malam 27 Ramadhan bukanlah Lailatul Qadar akan tetapi ia adalah salah satu daripada sepuluh malam yang mungkin berlakunya Lailatul Qadar.

Antara saranan dan qudwah nabi kepada umatnya di 10 malam terakhir ini dengan beriktikaf di dalam masjid seperti hadis dari Aisyah r.a yang bermaksud :

” Nabi s.a.w selalu beriktikaf pada 10 terakhir di bulan Ramadhan sehingga diwafatkannya oleh Allah kemudian diteruskan iktikaf ( sunnah nabi ) oleh para isterinya ” Riwayat Bukhari dan Muslim

Iktikaf bermaksud Mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari seseorang yang tertentu dengan cara-cara yang tertentu. ( Majmuk An-Nawawi )

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : ” Adalah nabi selalu beriktikaf pada tiap-tiap malam 10 terakhir ramadhan dan pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf 20 hari ” Sohih Al-Bukhari.

Hukum Iktikaf

Para ulama muktabar bersepakat mengatakan Iktikaf 10 hari terakhir ramadhan adalah sunat muakkat ( dituntut ) kerana meneladani hadis-hadis nabi berkaitan dan menjejaki Lailatul Qadar manakalah Iktikaf nazar adalah wajid dan iktikaf di hari lain adalah istihbab sahaja. Iktikaf 10 terakhir ramadhan ini amat dituntut dengan mencari keredhaan Allah dan menghindari diri dari azab api neraka seperti hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Abas r.a dengan nabi bersabda

” Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut redha Allah , nescaya Allah jadikan di antaranya dan diantara api neraka berjauhan tiga buah parit di mana jarak di antara tiap-tiap buah parit lebih jauh jarak di antara dua mata angin ” At-Tabrani dan Hakim

Seperti juga Ramadhan sebagai bulan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t di antara 11 bulan yang lain, ia juga sebagai bulan ujian bagi umat Islam. Iktikaf 10 hari terakhir ini juga merupakan ujian sepuluh hari dari 30 hari ramadhan dengan terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadar dan merupakan tahap ujian tertinggi di kalangan mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi, amat rugilah bagi sesiapa yang mengabaikan iktikaf ini seperti mana mereka yang mengabaikan bulan ramadhan itu sendiri. Selain sebagai ujian tahap tertinggi di bulan ramadhan, iktikaf juga mendidik umat dengan membina segala kekuatan untuk menempuh hidup mendatang dengan menghindar diri dari kesibukan dunia, anak dan isteri.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:

“Biasanya Nabi s.a.w i’tikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan sepuluh hari. Tetapi pada tahun di mana baginda wafat, Baginda telah i’tikaf dua puluh hari”

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya:

“Rasulullah s.a.w. itu bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak demikian bersungguhsungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang lainnya.” (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam bulan Ramadhan karena didorong keimanan dan keinginan memperoleh keridhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.(riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik – Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah – perfect sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (riwayat Muslim)

Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a: “Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)

Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Mencari lailatul qadr

Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud, Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari) Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

PETUNJUK RASULULLAH SAW DALAM BERIKTIKAF
Petunjuk daripada Rasulullah s.a.w dalam beriktikaf adalah petunjuk paling sempurna dan paling mudah untuk dilakukan.

Baginda melakukan iktikaf sekali pada sepuluh hari pertama Ramadan, sekali pada sepuluh hari pertengahan dan pada sepuluh hari terakhir baginda sentiasa melakukan iktikaf sehinggalah baginda kembali kepada TUHANnya. Pada suatu ketika, baginda tidak melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir. Tetapi baginda menggantikannya pada bulan Syawal dan mengerjakan iktikaf semasa sepuluh hari pertama bulan itu. Hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Pada tahun sebelum kewafatan baginda, baginda melakukan iktikaf selama dua puluh hari.

Alasan baginda berbuat demikian ialah kerana baginda tahu hidupnya semakin singkat. Oleh yang demikian, baginda ingin meningkatkan amalan agar umat Islam mencontohi baginda dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan apabila masanya menjadi kian terhad supaya mereka dapat bertemu dengan ALLAH dalam keadaan yang terbaik.

Selain itu, lazimnya Jibril membaca al-Quran bersama baginda sekali pada setiap tahun di bulan Ramadan. Tetapi, pada tahun terakhir baginda, Jibril membaca dua kali sahaja.

Baginda melakukan iktikaf selama 20 hari pada tahun itu kerana tahun sebelumnya baginda telah bermusafir. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud. Ia telah diklasifikasikan sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan lain-lain.

Ubai bin Ka’ab r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w mengamalkan iktikaf ketika sepuluh hari terakhir Ramadan, tetapi baginda benmusafir selama setahun dan tidak melakukan iktikaf. Jadi, pada tahun berikutnya, baginda beriktikaf selama 20 hari.” (Rujuk: Fath al-Bari)

Rasulullah s.a.w mengarahkan supaya didirikan sebuah khemah untuknya di dalam masjid dan baginda menetap di dalamnya. Baginda menjauhkan diri daripada orang ramai untuk beribadat kepada TUHAN agar baginda dapat bersama TUHANnya dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Di dalam sebuah hadis disebut:

“Pada suatu ketika, baginda melakukan iktikaf di dalam sebuah khemah kecil, dan meletakkan tikar jerami di depan pintu.” (Diriwayatkan oleh Muslim: 1167)

Ibn al-Qayim r.a berkata:

“Semuanya ini adalah untuk mendapatkan tujuan sebenar beriktikaf. Hal mi berbeza dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang jahil. Mereka menjadikan tempat beriktikaf tempat berhimpun dan berbual-bual. Sedangkan iktikaf yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang berlainan.” – (Zad al-Ma’ad, jilid: 2, ms: 90).

Baginda menetap di masjid sepanjang masa dan tidak meninggalkannya kecuali untuk menunaikan hajat.

Aisyah r.a berkata:

“Baginda tidak masuk ke dalam rumah kecuali kerana hajat sewaktu baginda beriktikaf.” – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 2029 dan Muslim:297)

Mengikut hadis dan riwayat Muslim Maksudnya: “Kecuali kerana hajat manusia.”

Al-Zubri mentafsirkannya sebagai membuang air kecil dan air besar. Rasulullah s.a.w sentiasa menjaga kebersihan. Baginda akan mengeluarkan kepalanya dari masjid ke arah bilik Aisyah agar isterinya itu boleh membasuh dan menyikat rambut baginda.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w apabila beriktikaf baginda menghulurkan (mendekatkan) kepalanya kepadaku, maka aku pun menyikatkannya semasa aku didatangkan haid.” – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 2028 dan Muslim: 297).

Dalam satu hadis lain dinyatakan seperti berikut:

“Maka, aku pun membasuhnya. – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).

Al-Hafiz Ibn Hajar r.a berkata:

“Hadis di atas menunjukkan bahawa harus membersihkan diri, mengenakan wangian, mandi, menyikat rambut dan sebagainya semasa beriktikaf. Kebanyakan para ulama berpendapat, tidak ada perkara yang makruh dilakukan ketika iktikaf kecuali apa yang makruh dilakukan di dalam masjid.”

Semasa iktikaf, Rasulullah s.a.w tidak menziarahi orang sakit atau orang yang meninggal. Hal ini bagi membolehkan baginda memberi sepenuh perhatian ketika beribadat kepada ALLAH dan mencapai maksud sebenar iktikaf, iaitu menjauhkan diri dan orang ramai dan hanya bersama dengan ALLAH S.W.T.

Dalam satu hadis yang lain Aisyah r.a berkata:

“Sunnah bagi orang yang beriktikaf tidak menziarahi orang sakit atau menghadiri pengebumian atau bermesra dengan isterinya. Tetapi tidak salah jika dia keluar untuk keperluan asasnya. – (Diriwayatkan oleh Aim Daud: 247).

Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Al-bani di dalam Sahih Abi Baud.

“…atau bermesra dengan isterinya.”

Bererti bersetubuh. Ini disebut oleh al-Syaukani dalam Nail al-Autar. Beberapa orang isteri Nabi s.a.w menziarahi Baginda semasa beriktikaf. Apabila mereka berdiri untuk pulang, baginda rnenghantar mereka kerana ketika itu malam.

Safiyyah, salah seorang isteri Rasulullah s.a.w menyebut bahawa beliau pernah menziarahi baginda semasa baginda beriktikaf di masjid pada sepuluh han terakhir Ramadan. Beliau bercakap dengan baginda seketika, kemudian bangun untuk pulang. Baginda turut berdiri dan menghantarnya pulang. – (Rujuk: Sahih al-Bukhari: 2035 dan Muslim: 2175.)

Kesimpulannya, cara iktikaf baginda mudah dan tidak terlalu ketat. Baginda menghabiskan sepenuh masa dengan mengingati ALLAH dan mengadap-NYA dengan taat serta mencari Malam al-Qadar.

(Rujuk: Zad al-Ma’ad oleh Ibn al-Qayim, jilid: 2, ms: 90 dan al-I’tikai fi Nazrah Tarbawiyah oleh Dr. Abdul Latif Balto).

MASA MELAKUKAN IKTIKAF

Iktikaf merupakan sunnah pada setiap masa, sama ada Ramadan atau bukan, tetapi ia lebib afdal dilakukan pada bulan Ramadan, terutamanya sepuluh hari terakhir.

Al-Nawawi r.h berkata:

“Iktikaf merupakan amalan sunat mengikut pendapat jumhur dan ia bukanlah sesuatu yang wajib kecuali jika seseorang bernazar untuk melakukannya. Sunat memperbanyakkannya, terutamanya pada sepuluh hari terakhir Ramadan. – (A1-Majmu’, jilid: 6, ms: 501)

Beliau juga berkata:

“Iktikaf terbaik ialah yang diiringi puasa dan yang terbaik dan itu pula ialah dilakukan di bulan Ramadan dan tenbaik dan semua itu ialah ia dilakukan pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” – (A1-Majmu’, jilid: 6, ms: 514)

Al-Albani berkata di dalam Qiyam Ramadan:

“Iktikaf sunat dilakukan pada bulan Ramadan dan pada masa-masa lain sepanjang tahun.”

Terdapat beberapa riwayat hadis sahih yang menggambarkan Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf di samping beberapa riwayat yang menunjukkan para salaf juga mengamalkannya.

Telah terbukti bahawa Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf semasa sepuluh hari di bulan Syawal. Ini disepakati oleh alBukhari dan Muslim.

Umar r.a berkata kepada Rasulullah s.a.w

“Wahai Rasulullah, semasa Jahiliah aku bernazar untuk beriktikaf satu malam di Masjidilharam. Baginda menjawab: Tunaikanlah nazarmu.” — (Diriwayatkan oleh aI-Bukhari dan Muslim)

Ia lebih dititikberatkan dalam bulan Ramadan berdasarkan hadis Abu Hurairah ra.

Beliau berkata Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf selama sepuluh hari setiap Ramadan, dan dalam tahun di mana baginda wafat, baginda melakukan iktikaf selama 20 hari. – (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

SUAMI HALANG BERIKTIKAF

Wanita tidak boleh mengerjakan iktikaf tanpa izin suami kerana iktikaf dilakukan di masjid dan boleh mengganggu hak-hak suami. Jika suami telah memberikan keizinan, dia masih berhak untuk membatalkannya dan melarang isterinya beriktikaf.

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Isteri tidak berhak beriktikaf tanpa keizinan suami. Jika suami mengizinkan, kemudian dia mahu isterinya berhenti sesudah memulakan iktikaf, dia berhak berbuat demikian jika itu merupakan iktikaf sunat. Ini adalah pegangan Syafie. Jika dia mengizinkan beriktikaf kepada isteri yang bernazar, suami tidak berhak membatalkannya kerana menjadi kewajipan seseorang untuk menyudahkan ibadat fardhu setelah memulakannya seperti ibadat haji bagi seseorang yang telah pun berihram.” – (A1-Mughni, jilid: 4, ms: 485)

Sunnah menunjukkan bahawa suami boleh menghalang isterinya daripada melakukan iktikaf tanpa keizinannya.

Aisyah r.a berkata

“Apabila Rasulullah saw hendak mengerjakan iktikaf, baginda mendirikan solat subuh kemudian mernasuki tempat iktikafnya. Baginda menngarahkan khemahnya dibangunkan, dengan niat untuk mengerjakan iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Kemudian Zainab mengarahkan khemah baginda didirikan, dan isteri-isteri Rasulullah s,a,w juga mengarahkan khemah masing-masing dibangunkan. Rasulullah saw mengerjakan solat subuh, dan melihat khemah-khemah lain berkata (kepada isteri-isterinya): Adakah kamu menginginkan kesolehan dengan melakukan ini? Baginda kemudiannya memerintahkan agar khemahnya dirombak dan meninggalkan iktikaf di bulan Ramadan serta mengerjakan iktikaf selama sepuluh hari di bulan Syawal.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari: 2033 dan Muslim: 1173)

Berdasarkan hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, Aisyah meminta izin baginda (untuk mengerjakan iktikaf) dan baginda mengizinkan. Kemudian Hafsah meminta Aisyah mendapatkan keizinan baginda bagi pihaknya dan baginda mengizinkan.

Al-Nawawi rh berkata:

“Kesolehan di sini bermaksud patuh atau beramal.”

Al-Qadi r.h berkata:

“Rasulullah s.a.w berkata begitu sebagai bantahan. Alasan baginda mengkritik mereka dengan cara itu kerana khuatir mereka tidak ikhlas dalam beriktikaf dan hanya ingin berdekatan dengan Rasulullah s.a.w akibat cemburu. Boleh juga dikatakan kerana sifat cemburu baginda dan ingin melindungi isteri-isterinya. Baginda tidak mahu mereka tinggal di masjid tempat orang berhimpun dan dihadiri oleh orang Badwi dan munafiq. Para isteri baginda terpaksa keluar masuk masjid kerana keperluan masing-masing dan akan mendedahkan daripada pandangan orang.

Mungkin juga dengan dikelilingi oleh isteri-isteri setiap hari di masjid, baginda terasa seperti berada di rumah. Ini boleh mengalihkan tumpuan baginda dari tujuan beriktikaf, iaitu menjauhkan diri daripada isteri-isteri, kepentingan dunia dan sebagainya. Tindakan baginda itu mungkin juga kerana melihat khemah-khemah yang didirikan oleh isteri-isteri baginda yang menyempitkan masjid.
Hadis mi menunjukkan bahawa iktikaf seonang wantita itu sah kerana Rasulullah s.a.w telah memberi mereka keizinan, dan baginda hanya menghalang mereka selepas itu atas sebab lain.

Timbul persoalan, jika telah memberikan keizinan, bolehkah suami menghalangnya selepas itu? Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan hal ini. Imam Syafie, Ahmad dan Daud berpendapat, suami berhak menghentikan dan menyuruh wanita itu keluar dan suatu iktikaf sunat.

Ibn al-Munzin r.h dan lain-lain berkata:

“Hadis ini menunjukkan bahawa wanita tidak sepatutnya mengerjakan iktikaf sehingga dia memperolehi keizinan suami dan jika dia beriktikaf tanpa izin, suami berhak mengeluarkannya dan situ. Setelah mengizinkan, suami berhak menarik balik keizinan itu.” ( Fath al-Bari)



[1]               Ayat-ayat ini membatalkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa ketentuan urusan kehidupan diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban. Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban mereka membaca surah Yasin tiga kali dan berdoa untuk kemurahan rezeki, panjang umur dan lain-lain kebaikan yang mereka rancang untuk tempoh setahun yang akan datang.

[2]               Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 2017 (Kitab Solat Tarawih, Bab mencari Lailatul Qadar……)

[3]               Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 1165 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Lailatul Qadar……)

[4]               Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 176.

[5]               Di sini al-Qaradhawi bukannya menolak keterangan Ubay bin Ka‘ab dan Ibn ‘Abbas kerana apa yang disebut oleh kedua-dua sahabat yang mulia tersebut hanya benar bagi tahun yang mereka alaminya. Ia tidak boleh dijadikan dalil yang menetapkan secara mutlak kerana Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun.

[6]               Fiqh al-Siyam, ms. 176-177

[7]               Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah ialah berdoa dengan menyebut Nama-Nama Allah. Lebih lanjut rujuk buku Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2004.

[8]               Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1170 (Kitab puasa, Bab keutamaan Lailatul Qadar……)

[9]               Rujuk Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5475.

[10]             Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 762 (Kitab Solat Musafir, Bab anjuran bersolat pada malam Ramadhan……)

[11]             Rujuk Shahih Muslim – hadis no: 1174 (Kitab Iktikaf, Bab bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir……)

[12]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 3119(Kitab Doa).

diambil dari : http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Amalan%20Ramadhan/10.htm

Advertisements

About masjidtamanpuncakjalil

jawatankuasa bertindak masjid taman puncak jalil
This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.