Sempena rancangan 30 minit Ustaz Don beberapa hari ini yang membincangkan hukum tasheel maka kami muatkan di sini beberapa rujukan berguna :
Terdapat hanya satu imalah sahaja iaitu dalam surah Hud, satu tasheel sahaja iaitu dalam surah Fussilat, satu raum atau isymam sahaja iaitu dalam surah Yusuf, empat tempat saktah iaitu dalam surah al-Kahf, Yasin, al-Haqqah dan al-Mutaffifin.
1) Al-Imalah – Surah Huud ayat 41
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)
****
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
***
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy – yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ‘ain.
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)
*****
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca: ii-tuu-nii
Bukannya Uk-tuu-nii
http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)
semakan dengan bacaan imam al-Ghamidi,as-Sudais dan Misyari bunyinya ialah “ii-tuu-nii”. Maknanya bacaan hamzah wasol tersebut dikasrohkan dan huruf hamzah pula tidak dibunyikan.
http://effysaiful.blogspot.com/2011/03/4-tempat-pelik-dalam-al-quran.html
http://pepitasngo.blogspot.com/2010/11/sanad-riwayat-hafs.html
http://aneroid09.wordpress.com/2009/10/02/sedikit-perkongsian-bacaan-tajwid-surah-al-ahqaaf-ayat-4/