Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

1 Zulhijjah sudah bermula bersamaan 17 okt ini. Mari kita sama-sama tingkatkan amal ibadah kita. Tambah amalan-amalan sunat dan mantapkan lagi amalan fardhu.

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu anhuma bahawa Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan Allah?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).”

(HR al-Bukhari)

Narrated Ibn Abbas: The Prophet said, “No good deeds done on other days are superior to those done on these (first ten days of Dhul Hijja).” Then some companions of the Prophet said, “Not even Jihad?” He replied, “Not even Jihad, except that of a man who does it by putting himself and his property in danger (for Allah’s sake) and does not return with any of those things.”  (Book #15, Hadith #86)

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:

“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

(HR Muslim)

Hadis berikut dan huraiannya diambil dari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/11/058-menuntuni-sunnah-dalam-ibadah.html :

“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

Telah dijelaskan dalam kitab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:

“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

Advertisements

About masjidtamanpuncakjalil

jawatankuasa bertindak masjid taman puncak jalil
This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s