- Asalamualaikum semua
Alhamdulilah. Pihak JPMTPJ telah berjaya mendapat kelulusan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk memasukkan dana kutipan pembinaan Masjid TPJ ini ke dalam Skim Wakaf Khas PWS. Ini bermakna, pihak penderma boleh membuat ‘tax rebate’ ketika menghantar borang taksiran cukai kepada pihak LHDN nanti. Penolakan cukai pendapatan boleh dibuat di bawah kategori derma/hadiah yg diluluskan. Sila rujuk kepada resit di bawah untuk nombor kelulusan LHDN yang berkenaan. (Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.5621)
Untuk pengiraan jumlah maksimum jumlah pendapatan yang boleh diwakafkan sila layari url ini. Kepada mereka yang berminat untuk berwakaf, sila hubungi Tuan Haji Imran Hazimin di talian 0133427314 atau Raja Rozali Raja Hasan di talian 0127849066.
Semoga segala usaha murni tuan/puan dirahmati Allah SWT.
Anda juga boleh berjumpa wakil-wakil kami di Surau solat Jumaat al-Ikhwan PUJ2 Taman Puncak Jalil pada waktu Isyak dan Maghrib. Kami belum mempunyai masjid jadi buat masa sekarang kami berpusat di Surau al-Ikhwan PUJ2. Wakil kami :
Pengerusi : Hj Zakaria Bin Ali 013 3957279 (PUJ2)
Setiausaha : Ustaz Hj Helmi (PUJ2)
Setiausaha 2 : Raja Rozali Raja Hasan 0127849066 (PUJ8)
AJK: Tuan Haji Imran Hazimin 0133427314 (PUJ9)