Assalamualaikum…

Image

Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera SEMUA.

Simbolik dari peristiwa Isra’ dan Mikraj kekasih kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW ialah mengambarkan kpd kita bagaimana perjalanan awal kita melakukan solat fardu berjemaah sehinggalah selesai melakukan ibadah fardu itu. Besar sungguh ganjaran solat fardu berjemaah. Maha Suci Allah.

Sebelum Nabi SAW di isra’ utk bertemu dgn Allah SWT, malaikat Jibril as telah membelah dada dan membersihkan hati nabi dengan air zam-zam. Simboliknya kita kenalah bersuci/berwuduk dahulu sebelum melakukan solat. Afdal, di rumah sebelum kita bergerak ke tempat solat.

Seterusnya, Nabi SAW di isra’kan dari masjidil Haram, Makkah ke masjidil Aqsa, Palestin. Dalam masa itu Nabi SAW dilihatkan dengan kejadian-kejadian umatnya akhir zaman dalam keadaan dosa dan pahala. Simboliknya, semasa kita hendak menuju ketempat untuk kita mengerjakan solat pada tempat azan dilaungkan seperti Masjdi/Surau/Musallah, kita akan melihat saudara-saudara kita (manusia) dalam keadaan leka dan lalai dengan kerja-kerja dunia dan ada juga berjumpa dgn saudara kita yg mempunyai tujuan yg sama utk melakukan solat berjemaah.

Seterusnya, Nabi SAW di mikrajkan berjumpa secara terus dgn Allah SWT dan dianugerahkan hadiah yg terbesar iaitu ibadat solat fardu. Nabi mengerjakan solat fardu secara berjemaah di mana nabi sendiri mengimami solat tersebut dgn para nabi yg lain. Simboliknya, solat fardu berjemaah amat-amat sekali dituntut pada tempat solat fardu dikerjakan. Dan pada kita mula untuk mengangkat takbir memulakan solat tersebut, maka masa itu semboliknya kita di mikrajkan berjumpa dgn Allah SWT. Maka pada masa solat, semua perkara yg sebelum halal dilakukan menjadi haram. Pengkhususan dan perhatian kita hanya kepada Allah SWT Tuhan yg mengurniakan kita nikmat kehidupan. Allah Maha Besar.

Tetapi sayang, ada di antara kita masih lagi tidak melakukan solat, melengah-lengahkan solat dan sebagainya.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1)” (Terjemahan surah Al-Isra’ ayat 1)

Lihat, Allah SWT telah memulakan kalimahNya dengan “Maha suci Allah …”. Sebabnya, logik akal kita tidak boleh berfikir utk menerima kisah Isra’ dan Mikraj ini. Maka lahirlah, golongan di antara kita:-

1. Yang sudah beriman akan bertambah imannya
2. Yang sudah beriman akan menjadi kafir sbb tidak percaya kisah ini dan meninggalkan kefarduan solat.
3. Yang sudah kafir akan bertambah-tambah kafir.
4. Yang awalnya kafir akan menjadi orang beriman kerana melihat kebesaran Allah SWT.

Maka, diantara ke empat-empat golongan itu, kita terletak dalam golongan yg mana?

Hidayah perlu dicari dgn menggunakan mata, telinga, hati, akal dan segala pancaindera yg telah di kurniakan Allah kpd kita. Maksud lain, kerja-kerja penyelidikan perlu dilakukan dalam mencari hidayah Allah SWT. Kita tidak boleh tunggu sampai seru, pencen nanti dan sbgnya baru untuk mendapatkan/mencari hidayah. Sedangkan keperluan mencari hidayah ini Allah SWT telah gambarkan dalam al-Quran kisah Nabi Ibrahim as. Iaitu dalam surah surah Al-Anaam ayat 75 hingga 79. Allahu akbar!!!

“Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (75) Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. (76) Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. (77) Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah
¬†dengannya). (78) Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (79)” (Terjemahan surah Al-Anaam ayat 75-79)

Isunya sekarang, Islam adalah agama rahmat kepada sekalian alam. Marilah kita sama-sama kembali kepada Islam dgn mempelajari, mematuhi dan mengikut apa yang disuruh oleh Allah SWT dan RasulNya nabi Muhammad SAW. Sama-samalah kita meraikan saudara-saudara kita yg ingin kembali kepada Islam. Jangan meghina mereka dengan kemaksiatan dan kelanjuran yang lampau/silam, kerana kita semua ada sejarah silam/lampau yg sama (dalam kejahilan jauh dari hidayah Allah juga). Syarat untuk kembali kepada Islam, sama-samalah kita bertaubat dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah dan melakukan perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT.

Teruskan menyampaikan kalimah Allah dan RasulNya dengan sabar. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yg bertakwa. Moga-moga, Allah SWT memandu kita ke syurga dan menghindarkan kita drpd siksaan api neraka. Amin.

Semoga bermanfaat. Amin.

Hasil Nukilan : Saudara Ishak Suleiman, Taman Puncak Jalil

Advertisements

About masjidtamanpuncakjalil

jawatankuasa bertindak masjid taman puncak jalil
Aside | This entry was posted in Tazkirah and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s